Jumaat, 5 Disember 2008

# Cinta Ku Hanya Kerana Mu....

Mencintai seseorang kerana Allah itu lebih tenang hidupnya daripada Cinta kerana nafsu...


# Keluhan Rasa Dari Kaum Hawa Khas Untuk Kaum Adam



Keluhan Rasa Dari Kaum Hawa Khas Untuk Kaum Adam Adakah ini yang dinyatakan oleh Hawa kepada Adam?

Ketahuilah!

Sesungguhnya Hawa itu adalah teman semasa Adam kesunyian di dalam syurga.
Hawa asalnyanya adalah dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidup Hawa itu sentiasa inginkan bimbingan dari Adam. Hawa sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana Hawa adalah buruan syaitan. Allah telah mentaqdirkan kaum Hawa lebih ramai daripada bilangan kaum Adam pada akhir zaman. Adam itu diberi amanah untuk mendidik Hawa, mengawasi dan menjaga Hawa agar sentiasa dalam redha Allah. Sudah diketahui bahawa Adam itu merupakan penguasa kepada kaum wanita, oleh itu Adam adalah imam dan Hawa adalah makmum. Hawa adalah pengikut-pengikut Adam kerana Adam adalah ketua. Jika Adam benar maka benarlah Hawa, jika Adam lalai, maka lalailah Hawa. Adam mempunyai kelebihan akal, manakala Hawa mempunyai kelebihan nafsu. Oleh itu, Hawa memerlukan pimpinan daripada Adam kerana Hawa sering lupa dan lalai, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya. Hawa hampir tenggelam oleh itu wahai Adam tolonglah!! Sesungguhnya Hawa itu suka jika Adam mengimamkan solatnya pada setiap waktu. Hawa akan aminkan bacaan doa dari Adam. Lebih itu juga, Hawa itu suka jika Adam bangunkan Hawa untuk bertahajjud bersama Adam. Hawa suka jika Adam kenalkan kepada Hawa masjid-masjid dan majlis agama. Hawa suka jika Adam mengajar Hawa untuk pandai membaca dan memahami al-Quran. Hawa suka jika Adam mengkhabarkan kepada Hawa tentang fardu-fardu yang patut diketahui oleh Hawa. Hawa suka jika Adam menunjukkan kepada Hawa perkara-perkara yang patut Hawa buat. Hawa juga mengharapkan agar Adam mengajarkan kepada Hawa agar menjadi isteri yang solehah. Hawa juga mengharapkan agar Adam mendidik Hawa supaya tunduk, patuh dan menghormati Adam setiap waktu. Hawa juga mengharapkan agar Adam membantu Hawa supaya Hawa tidak menjadi beku, dan agar otak Hawa tidak menjadi buntu. Hawa juga mengharapkan agar Adam dapat menyelamatkan Hawa daripada seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang akan mampu menanggungnya..

# DoaKu Untuk Suami......



Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim....

Kau ampunilah dosa ku dan suamiku...
Atas dosa yang telah kami lakukan...
Antara sedar dan tidak....
Antara nyata dan tidak nyata...

Kau limpahkanlah diriku dan suamiku...
Dengan kesabaran yg tiada terbatas nya...
Kau berikanlah kami kekuatan mental dan fisikal...
Kau kurniakanlah kami dengan sifat keredhaan...
Kau peliharalah lidah-lidah kami dari kata-kata nista...
Kau kuatkanlah semangat kami menempuhi segala cabaranMu....
Kau berikanlah kami sifat kasih sesama insan.....

Ya Allah....
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash....
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya....
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu....
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya....
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu....
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya....
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu....
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya....
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu....
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya....

Tetapi Ya Allah....
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang....
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu...
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu....
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya...
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan...
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya....
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan....
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena....

Ya Allah....
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku...
Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku...
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan...
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai...
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri...
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu....
Sekiranya aku engkar dan derhaka....
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu....

Ya Allah sesungguhnya.....
Aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu....
Aku cacat tanpa hidayahMu......
Aku hina tanpa RahmatMu......

Ya Allah....
Kuatkan hati dan semangatku...
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu....
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami....
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu....
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha....

Hanya pada Mu..Ya Allah...ku pohon segala harapan...
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu...
Kerana aku sedar hinanya aku...
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru...
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu...
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu...
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu....

Ya Allah....Ya Tuhanku…..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati...
Isteri yang dikasihi....
Isteri yang solehah....
Isteri yang sentiasa dihati....

Ya Allah...Ya Tuhan Ku....
Makbulkan lah doa-doa ku....

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.....

*untuk bakal suami yang dikasihi....

# Lemah Nya Seorang Lelaki: Pesanan Untuk Wanita......

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Begitu juga bekas President United States-Bill Clinton yang rebah dengan skandal politik dan dilucutkan jawatan secara Impeachment hanya kerana seorang wanita yang bernama Monica Samille Lewinsky. Ramai sungguh pemimpin agung dunia, malahan di Malaysian ini sendiri kalah oleh pujuk rayu seorang wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk yang bernama lelaki. Usah digoda mereka...
Mereka itu lemah dalam perkasa...nanti mereka terlupa akan anak & isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar suami...ayah..lelaki tua.

Wahai lelaki...janganlah pula lalai...jangan terlalu mengejar harta...tahta...dan wanita...beringat-ingatlah bila masa diri mulai dekat akan 3 perkara ini...bersedialah akan ada dugaan yang menanti...andai nya diri belum bersedia...maka hanyutlah seseorang dibuai kelalaian...itu lah corak dunia sekarang.....

*Impeachment: Adalah penyiasatan menyeluruh kepada seseorang presiden yang boleh menyebabkan seseorang presiden itu boleh dibuang daripada jawatannya.